Translate This Blog

SEARCH HOTEL & CAR RENTAL

Sunday 21 August 2016

Terma & Syarat Penyewa/Pemimjam Kereta Sewa Langkawi


Pembayaran

1. Jumlah kadar sewaan keseluruhan termasuk Security Deposit perlu dijelaskan sebelum atau ketika mengambil kenderaan samaada melalui bank transfer atau pun Cash On Delivery (COD).
2. Security Deposit bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh penyewaan. Security Deposit akan dipulangkan apabila kereta sewa dipulangkan dengan baik dan bebas daripada saman trafik.
Sekiranya penyewa ingin menempah kenderaan untuk tarikh tertentu, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee atau “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini bergantung kepada jenis kereta dan tempoh penyewaan.
3. Untuk tempahan juga, tempoh minimum penyewaan ialah 1 hari pada hari biasa.  Sila hubungi kami, sekiranya kereta sewa lambat dihantar, setiap jam yang berikutnya akan dicas minimum RM15/jam (bergantung kepada jenis kereta). Jadi untuk mengelakkan anda dikenakan cas sewaan yang tinggi sila hubungi kami sebelum tamat tempoh penyewaan dan seawal mungkin sekiranya ingin melanjutkan tempoh sewa pada kadar yang lebih baik.
4. Sebarang pembatalan tempahan kereta akan menyebabkan deposit hangus

Syarat Pemandu

1. Pemandu mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan masih belum tamat tempoh.
2. Sihat tubuh badan dan waras.
3. Menyediakan dokumen yang diperlukan iaitu Salinan/Gambar Lesen Memandu penyewa.

Saman

1.Sebarang Saman atau Kompaun Daripada Pihak Berkuasa adalah tanggungjawab pemandu sepanjang tempoh sewaaan berjalan.

Tempat Ambil/Pulangkan Kereta

1.Lokasi untuk ambil dan pulangkan kereta ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Syarat & Larangan ketika Menyewa Kereta

1. Dilarang untuk melakukan aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara Malaysia. Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
2. Dilarang mengubah suai keadaan kenderaan dan mencuri aksesori kereta yang disewa.  Laporan Polis akan dibuat sekiranya ingkar.
3. Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak. Jika ingkar RM30 akan dipotong daripada Security Deposit untuk proses mencuci.
4. Dilarang menyewakan/meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
5. Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Langkawi
6. Sekiranya berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa di dalam tempoh penyewaan, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa dan nilai bergantung kepada jenis dan tahap kerosakan. Sekiranya berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada atau memulangkan wang anda kembali.

* Sekiranya anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami dan bersetuju dengan syarat dan terma ini.

Saya Setuju dengan Syarat & Terma ini. TEMPAH SEKARANG

No comments:

Post a Comment